Pengakap DPLI UTHM

Aktiviti memasak masakan hutan-roti lilit.

Pengakap DPLI UTHM

Amali masakan hutan-roti lilit.

Pengakap DPLI UTHM

Pelajar-pelajar menunggu kelas teori di hadapan dewan.

Pengakap DPLI UTHM

Membuat amali masakan hutan di padang.

Pengakap DPLI UTHM

Pelajar-pelajar menunggu kelas teori di hadapan dewan.

Pengakap DPLI UTHM

Seksyen 3 Pengakap DPLI UTHM

Showing posts with label persetiaan. Show all posts
Showing posts with label persetiaan. Show all posts

Saturday, 9 June 2012

PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP

PERSETIAAN PENGAKAP

BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA SAYA BERJANJI DAN BERSETIA YANG SAYA DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA AKAN:-

TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA
MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP


UNDANG-UNDANG PENGAKAP


1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang DiPertuan Agong serta Raja-Raja, dan kepada Pemimpin-pemimpin Pengakap, Ibubapanya, Majikannya dan orang-orang dibawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekali pun.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-peminpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa kesusahan.

9. Pengakap adalah jimat dan cermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.